Isnin, 12 Disember 2011

PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH PENDIDIKAN

Tahun
Peristiwa-peristiwa
Kurun ke-15 hingga ke-19
Kelas Quran dibimbing oleh imam di surau dan masjid, atau ulama di pondok.
1815
Sekolah dwibahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina) dibuka oleh Persatuan Mubaligh London di Melaka
1816
Penang Free School ditubuhkan di Pulau Pinang atas inisiatif Rev. R. Hutchings.
1819
Sekolah Cina yang pertama, Institut Wu Fu ditubuhkan di Pulau Pinang.
1848
Persatuan Mubaligh Anglican Chaplains menubuhkan sekolah inggeris yang pertama di Kuching, Sarawak.
1850
Sekolah Anglo-Tamil ditubuhkan di Melaka.
Persatuan Mubaligh menubuhkan Sekolah Inggeris yang pertam di Labuan, Borneo Utara.
1856
Sekolah Vernakular Melayu ditubuhkan di Teluk Belangan dan Kampong Gelam, Singapura.
1863
Sekolah jenis free di Singapura ditukarkan kepada Raffles Institution.
1870
Masyarakat Cina mendirikan sekolah pertama di Bau, Sarawak.
1871
A. M. Skinner mendirikan sekolah-sekolah vernacular Melayu mengikut  dasar kelas Quran Seberang Perai.
1872
Laporan Wolley diumumkan dengan saranan bahawa kerajaan membantu dan mengawal sekolah Inggeris.
1878
Kolej Latihan Guru Melayu yang pertama ditubuhkan di Singapura.
1883
Persatuan Mubaligh Katolik menubuhkan sebuah Sekolah Rendah Inggeris di Sandakan. Sekolah St. Joseph dibuka di Kuching, Sarawak.
1884
Sekolah Vernakular Melayu untuk perempuan pertama kali didirikan di Teluk Belanga, Singapura.
1891
Peperiksaan Sijil Cambridge Seberang Laut diperkenalkan kali pertama di Tanah Melayu.
1900
Sekolah Vernakular Cina berdasarkan sistem baru pertama kali didirikan di Kuala Lumpur.
Madrasah, institusi pengajian agama Islam mula ditubuhkan oleh alim ulama kaum muda di Pantai Timur pada awal kurun ke-20.
1902
Banyak Sekolah Vernakular Tamil ditubuhkan di ladang-ladang di bawah Kod Buruh.
1904
Sekolah Chung Hwa Confucius yang pertama kali menggunakan kurikulum baru Negeri China ditubuhkan di Pulau Pinang.
1905
Kerajaan menubuhkan Malay College di Kuala Kangsar, King Edward VII College Medicine (The Medical School) dibuka di Singapura.
1906
Sekolah Confucius dibuka di Kuala Lumpur.
1908
Sekolah Vernakular Cina perempuan, bernama Kuan Cheng, ditubuhkan di Kuala Lumpur.
1915
Kerajaan Borneo Utara mendirikan sekolah pertama di Jesselton.
1917
Laporan Winstedt diluluskan oleh Karajaan British.
1919
Institut Raffles mula menawarkan kursus melatih guru untuk sekolah menengah atas.
1920
Semua sekolah Cina mula menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar
Tahun
Peristiwa-peristiwa
1921
Kerajaan Borneo Utara pertama kali mendirikan sekolah Melayu di Kota Belud, Papar, Menubok dan Keningau.
Enakmen Pendaftaran Sekolah mula dikuatkuasakan.
1922
Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan di Tanjung Malim.
1923
Sekolah Cina Chung Ling di Pulalu Pinang mula menubuhkan sekolah menengah rendah.
1925
Ordinan Pendaftaran Sekolah di Semenanjung dan Sarawak dikuatkuasakan.
Kerajaan mendirikan sebuah Sekolah Teknik di Kuala Lumpur.
1929
Raffles College ditubuhkan di Singapura.
1931
Sekolah Cina Chung Ling di Pulau Pinang mula membuka kelas menengah atas.
1935
Malay Women’s Teachers College ditubuhkan di Melaka.
1937
Pusat Latihan untuk guru Tamil didirikan di Bandar-bandar.
1938
Jawatankuasa McLean mencadangkan Raffles College dan King Edward VII College of Medicine digabungkan menjadi sebuah universiti.
1946
Rancangan Cheeseman mencadangkan penubuhan Sekolah Vernakular dan Sekolah Inggeris Kerajaan.
Simplified Normal Training Course” bermula di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
1947
Sekolah Teknik dinaikkan taraf menjadi Maktab Teknik.
Maktab Perguruan Batu Lintang ditubuhkan di Kuching, Sarawak.
Sekolah Pertanian dinaikkan taraf menjadi Kolej Pertanian.
1948
Laporan Carr-Saunders mencadangkan penubuhan universiti tempatan.
1949
Senior Normal Class” dibuka untuk melatih guru di sekolah Cina.
Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran dibentuk untuk mengkaji polisi pendidikan.
1950
Universiti Malaya ditubuhkan di Singapura.
Ordinan Pelajaran 1950 (Sarawak) dikuatkuasakan.
1951
(Jan)
(Jun)

(Ogos)

(Dis)
Laporan Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran (Laporan Holgate) mencadangkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama.
Laporan Barnes mencadangkan penubuhan sekolah Melayu dan sekolah Inggeris bantuan penuh kerajaan.
Laporan Fenn-Wu mencadangkan sekolah Cina mengajar 3 bahasa juga diberi bantuan penuh oleh kerajaan.
Laporan Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran menyokong cadangan-cadangan Laporan Barnes.
Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina ditubuhkan di Kuala Lumpur.
1951
Maktab Perguruan Kirkby di U.K dipinjam untuk melatih guru sekolah menengah rendah (aliran Inggeris)
1952
Ordinan Pelajaran 1952 dikuatkuasakan.
1954
Enakmen Pelajaran 1954 dikuatkuasakan.
Maktab Perguruan Persekutuan didirikan di Kelantan.
Penubuhan Nanyang Universiti di Singapura (dibuka pada tahun 1956)
Gabungan Persatuan Lembaga Pengurus/Pengelola Sekolah Cina ditubuhkan.
1955
Laporan Woodhead mencadangkan penubuhan Lembaga Pelajaran di Sabah.
1956
Brinsford Lodge Teacher’s Training College dipinjam untuk melatih guru sekolah menengah rendah.
Laporan Razak mengumumkan Polisi Pendidikan Negara.
Murid-murid sekolah rendah dinaikkan darjah secara automatik.
Sekolah Menengah Chung Ling di Pulau Pinang menukar bahasa pengantarnya kepada Bahasa Inggeris
Tahun
Peristiwa-peristiwa

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur.
Peperiksaan LCE dan peperiksaan Junior Middle III serta Senior Middle III pertama kali diperkenalkan.
Kempen Pendaftaran Kanak-kanak Masuk Sekolah dilancarkan.
Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.
1957
Ordinan Pelajaran dikuatkuasakan.
Maktab Perguruan Sarawak dibuka di Sibu, Sarawak.
1958
Semua sekolah rendah menjadi sekolah umum atau sekolah jenis umum.
Kerajaan pertama kali memperkenalkan kelas aliran Bahasa Melayu di sekolah menengah Inggeris.
1959
Universiti Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur.
1960
Laporan McLean mencadangkan sekolah menengah Cina di Sarawak menukarkan bahasa pengantarnya kepada Bahasa Inggeris.
Laporan Rahman Talib diluluskan di Parlimen.
1961
Skim UTS untuk guru sekolah dilaksanakan.
Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan.
Peperiksaan Junior Middle 3 dimansuhkan.
1962
MPIK pertama kali memperkenalkan kursus Pendidikan Khas.
54 buah sekolah menengah Cina menukar bahasa pengantarnya kepada Bahasa Inggeris untuk menerima bantuan kewangan kerajaan dan 17 buah sekolah Cina yang menolak bantuan menjadi Sekolah Menengah Swasta.
Pendidikan percuma untuk murid-murid sekolah rendah dilaksanakan.
Sekolah Pelajaran Lanjutan ditubuhkan di seluruh negara.
1963
Fakulti Pendidikan ditubuhkan di Universiti Malaya.
Kerajaan menubuhkan sekolah menengah berasrama (aliran Melayu) di Shah Alam.
Jawatankuasa untuk mengkaji Sukatan Latihan Perguruan mencadangkan Progran Integrasi untuk 6 Maktab Perguruan Persekutuan.
Peperiksaan Sekolah (Cina) Menengah Atas dimansuhkan.
1964
Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dimansuhkan.
1965
Pelaksanaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan untuk sekolah menengah rendah.
Pelaksanaan Program Latihan Daerah supaya melatih guru sambilan dan sekolah menengah rendah.
Pusat Latihan RIDA (1956) ditukarkan nama sebagai IInstitut MARA.
1967
Akta Bahasa Kebangsaan dikuatkuasakan; Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa rasmi yang tunggal.
Peperiksaan Penilaian Darjah V dimulakan.
Institut Teknologi MARA berasas daripada Institut MARA ditubuhkan untuk melatih pemuda-pemudi dari luar Bandar.
Universiti Merdeka diusulkan oleh Dong Jiao Zong.
1968
Kerajaan membina Sekolah menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.
1969
Kolej TAR yang menawarkan kursus Pra-Universiti dan kursus Profesional ditubuhkan di Kuala Lumpur.
Politeknik Ungku Omar ditubuhkan di Ipoh.
Universiti Sains Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang.
Bahagian Latihan Guru menganjur Kursus SRC.
1970
Universiti Kebangsaan Malaysia (aliran Bahasa Melayu) ditubuhkan di Kuala Lumpur.
Pusat Latihan Guru mula menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
Tahun
Peristiwa-peristiwa

SRJK (I) di Semenanjung dan Sabah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar mulai dari Darjah 1.
Kelas Transition aliran Bahasa Malaysia kali pertama dibuka di Sarawak.
Peperiksaan Sijil Cambridge Seberang Laut dimansuhkan dan digantikan oleh Peperiksaan MCE.
1971
Laporan Megat Ismail mengenai sistem kuota pendidikan tinggi diumukan.
Akta Universiti diluluskan di Parlimen.
Laporan Aziz diumumkan dan mencadangkan penawaran status kakitangan kerajaan kepada semua guru.
Kolej Pertanian dinaikkan taraf menjadi Kursus Pertanian.
1972
Pindaan Akta Pelajaran diluluskan dan dikuatkuasakan untuk menjadi bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah, maktab perguruan dan dalam peperiksaan awam.
Maktab Teknik dinaikkan taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia.
1973
Pusat Perkembangan Kurikulum ditubuhkan.
Ujian Diagnostik diperkenalkan untuk murid-murid Tahun 3.
Kempen Reformasi Pendidikan Sekolah Menengah (Cina) Swasta dilancarkan oleh
Gabungan Lembaga Pengelola Sekolah Cina di negeri Perak.
I.T.M membuka cawangannya di Kuching, Sarawak. 
1974
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan.
Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah di Sarawak dimansuhkan.
1975
Peperiksaan Sekolah Menengah (Cina) Swasta (Unified Examination) dianjurkan buat kali pertama oleh Dong Jiao Zong.
Semua Sekoalh SRJK (I) di Semenanjung dan Sabah ditukar menjadi SRK.
1976
Semua sekolah menengah bantuan kerajaan di Semenanjung dan Sabah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar mulai dari Tingkatan 1.
1977
SRJK (I) di Sarawak mula menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam darjah 1.
1978
Peperiksaan LCE dimansuhkan dan digantikan dengan peperiksaan SRP.
Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah di Sabah dimansuhkan.
1979
Laporan Kabinet mengumumkan Dasar Pelajaran Negara .
Kursus SRC diberhentikan.
1980
Nanyang Universiti digabung dengan Universiti Singapore.
Peperiksaan MCE dimansuhkan dan digantikan dengan Peperiksaan SPM.
1982
Percubaan system 3M untuk 305 buah sekolah rendah dimulakan.
Pindaan Akta Universiti diluluskan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa di Malaysia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kursus Ijazah dimulakan pada tahun 1983.
Peperiksaan STP pertama kali dikendalikan dalam pengantar bahasa Malaysia.
Mahkamah menolak usul penubuhan Universiti Merdeka.
1983
Pelaksanaan KBSR di semua sekolah rendah Tahun 1.
Kursus-kursus Tahun Pertama di universiti tempatan mula menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
1984
Universiti Utara ditubuhkan di Jitra, Kedah.
1985
IAB berasaskan MESTI ditubuhkan di Genting.
Pelancaran Konsep Sekolah Integrasi dengan mendirikan 3 jenis aliran sekolah rendah bersama di Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor.
1986
Tempoh kursus bagi maktab perguruan ditukarkan pada 2 ½ tahun.

Tahun
Peristiwa-peristiwa
1987
Nama Kementerian Pelajaran Malaysia ditukarkan sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia.
Peperiksaan Penilaian Darjah 5dimansuhkan.
1988
KBSM mula dilaksanakan di sekolah menengah sebagai peringkat percubaan.
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diperkenalkan pertama kali untuk semua sekolah rendah.
Taylor College pertama kali menganjur kursus berkembar dengan universiti luar negeri.
Falsafah Pendidikan Negara digubal dan diumumkan secara rasmi.
1989
KBSM dilaksanakan di semua sekolah menengah Tingkatan 1.
1990
Kolej Selatan, Johor Bahru ditubuhkan oleh masyarakat Cina adalah dibenarkan berdaftar sebagai kolej swasta.
1991
Wawasan 2020 diusulkan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia.
1992
Sistem Gaji SSB dilaksanakan.
Pendidikan prasekolah mula diserap dalam sistem pendidikan sekolah rendah.
1993
Wawasan Pendidikan diperkenalkan.
Peperiksaan SRP ditukarkan kepada PMR.
Penubuhan Pusat Pendidikan oleh Dong Jiao Zong di Kajang, Selangor, mula menganjurkan kursus dalamperkhidmatan untuk guru-guru sekolah menengah Cina persendirian.
University Malaysia Sarawak, UNIMAS ditubuhkan di Sarawak.
1994
Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, dengan permulaan sesi persekolahan 1995/95, mata pelajaran Am dan Manusia ditukarkan kepada Sains dan Kajian Tempatan.
Pelancaran Wawasan Kementerian Pendidikan.
Sabah membuka university pertama, UMS (Universiti Malaysia Sabah).
1995
Penyusuanan semula Organisasi Kementerian Pendidikan.
Rang Undang-undang Akta Pendidikan 1995 diluluskan.
1996
Rang Undang-undang Pendidikan Tinggi Swasta dikuatkuasakan.
Pelancaran Konsep Sekolah Wawasan berasaskan daripada Konsep Sekolah Integrasi, 1985.
UPM ditukar nama sebagai Universiti Putra Malaysia.
Pelaksanaan pendidikan percuma hingga 11 tahun.
Maktab Perguruan Sulatan Idris dinaikkan taraf menjadi Universiti Pendidikan Malaysia.
Peperiksaan PTS pertama kali diperkenalkan untuk murid-murid pintar- cerdas Darjah 3.
Nama SRJK ditukar kepada SJK.
Kursus Diploma Perguruan diperkenalkan kepada semua Maktab Perguruan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru digubal dan diperkenalkan oleh BPG.
1997
Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama sebagai Universiti Putra Malaysia.
Universiti-universiti swasta ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996.
1998
Universiti terbuka, UNITEM ditubuhkan.
Kolej New Era ditubuhkan.
20 kolej university swasta dibenarkan mengendalikan program ijazah “3+0”.
1999
Universiti virtual, UNITAR ditubuhkan.
Penubuhan Koridor Raya Multimedia, Universiti Multimedia dan sekolah-sekolah bestari di kawasan MSC.
Tahun
Peristiwa-peristiwa

90 buah sekolah dikenal pasti untuk menjadi sekolah bestari.
Kolej Han Jiang ditubuhkan.
2000
ITM dinaikkan taraf universiti.
2002
Akta Pendidikan 1996: Pindaan 2002:  pendidikan wajib.
Sekolah Wawasan pertama dibina di USJ, Subang Jaya, Selangor.
2003
Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik sekolah rendah Darjah 1 dan sekolah menengah Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah.
2004
Kementerian Pendidikan Malaysia dibahagikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM).
2006
Maktab Perguruan dinaikkan taraf kepafa Institut Pendidikan Guru (IPG).
2007
Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan strategic Pengajian Tinggi 2020.
2008
Pelaksanaan Program KIA2M.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan