" SENYUM CERIA.. "
Isnin, 19 Disember 2011
Isnin, 12 Disember 2011
KAMUS KATA BERIMBUHAN
abdi
mengabdi
Menjadi abdi atau hamba
• Lelaki itu mengabdi kepada orang kaya yang telah
menyelamatkannya.
menyelamatkannya.
mengabdikan
Menjadikan seseorang sebagai abdi atau hamba
• Orang kaya itu mengabdikan lelaki yang telah
diselamatkannya.
diselamatkannya.
abu
mengabu
Menjadi abu
• Kayu yang dibakar itu sudah mengabu.
mengabui
• Dia mengabui tanah dalam pasu itu dengan abu kayu.
adil
mengadili
Mendengar dan memeriksa sesuatu perbicaraan serta
memberikan keputusan mengikut undang-undang.
memberikan keputusan mengikut undang-undang.
• Hakim Mokhtar Hashim akan mengadili kes
penculikan itu.
penculikan itu.
mengadilkan
Menjadikan sesuatu adil
• Dasar itu dilancarkan oleh kerajaan untuk mengadilkan
pembahagian kekayaan negara antara rakyat pelbagai
kaum.
pembahagian kekayaan negara antara rakyat pelbagai
kaum.
PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH PENDIDIKAN
Tahun | Peristiwa-peristiwa |
Kurun ke-15 hingga ke-19 | Kelas Quran dibimbing oleh imam di surau dan masjid, atau ulama di pondok. |
1815 | Sekolah dwibahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina) dibuka oleh Persatuan Mubaligh London di Melaka |
1816 | Penang Free School ditubuhkan di Pulau Pinang atas inisiatif Rev. R. Hutchings. |
1819 | Sekolah Cina yang pertama, Institut Wu Fu ditubuhkan di Pulau Pinang. |
1848 | Persatuan Mubaligh Anglican Chaplains menubuhkan sekolah inggeris yang pertama di Kuching, Sarawak. |
1850 | Sekolah Anglo-Tamil ditubuhkan di Melaka. Persatuan Mubaligh menubuhkan Sekolah Inggeris yang pertam di Labuan, Borneo Utara. |
1856 | Sekolah Vernakular Melayu ditubuhkan di Teluk Belangan dan Kampong Gelam, Singapura. |
1863 | Sekolah jenis free di Singapura ditukarkan kepada Raffles Institution. |
1870 | Masyarakat Cina mendirikan sekolah pertama di Bau, Sarawak. |
1871 | A. M. Skinner mendirikan sekolah-sekolah vernacular Melayu mengikut dasar kelas Quran Seberang Perai. |
1872 | Laporan Wolley diumumkan dengan saranan bahawa kerajaan membantu dan mengawal sekolah Inggeris. |
1878 | Kolej Latihan Guru Melayu yang pertama ditubuhkan di Singapura. |
1883 | Persatuan Mubaligh Katolik menubuhkan sebuah Sekolah Rendah Inggeris di Sandakan. Sekolah St. Joseph dibuka di Kuching, Sarawak. |
1884 | Sekolah Vernakular Melayu untuk perempuan pertama kali didirikan di Teluk Belanga, Singapura. |
1891 | Peperiksaan Sijil Cambridge Seberang Laut diperkenalkan kali pertama di Tanah Melayu. |
1900 | Sekolah Vernakular Cina berdasarkan sistem baru pertama kali didirikan di Kuala Lumpur. Madrasah, institusi pengajian agama Islam mula ditubuhkan oleh alim ulama kaum muda di Pantai Timur pada awal kurun ke-20. |
1902 | Banyak Sekolah Vernakular Tamil ditubuhkan di ladang-ladang di bawah Kod Buruh. |
1904 | Sekolah Chung Hwa Confucius yang pertama kali menggunakan kurikulum baru Negeri China ditubuhkan di Pulau Pinang. |
1905 | Kerajaan menubuhkan Malay College di Kuala Kangsar, King Edward VII College Medicine (The Medical School) dibuka di Singapura. |
1906 | Sekolah Confucius dibuka di Kuala Lumpur. |
1908 | Sekolah Vernakular Cina perempuan, bernama Kuan Cheng, ditubuhkan di Kuala Lumpur. |
1915 | Kerajaan Borneo Utara mendirikan sekolah pertama di Jesselton. |
1917 | Laporan Winstedt diluluskan oleh Karajaan British. |
1919 | Institut Raffles mula menawarkan kursus melatih guru untuk sekolah menengah atas. |
1920 | Semua sekolah Cina mula menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar |
Tahun | Peristiwa-peristiwa |
1921 | Kerajaan Borneo Utara pertama kali mendirikan sekolah Melayu di Kota Belud, Papar, Menubok dan Keningau. Enakmen Pendaftaran Sekolah mula dikuatkuasakan. |
1922 | Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan di Tanjung Malim. |
1923 | Sekolah Cina Chung Ling di Pulalu Pinang mula menubuhkan sekolah menengah rendah. |
1925 | Ordinan Pendaftaran Sekolah di Semenanjung dan Sarawak dikuatkuasakan. Kerajaan mendirikan sebuah Sekolah Teknik di Kuala Lumpur. |
1929 | Raffles College ditubuhkan di Singapura. |
1931 | Sekolah Cina Chung Ling di Pulau Pinang mula membuka kelas menengah atas. |
1935 | Malay Women’s Teachers College ditubuhkan di Melaka. |
1937 | Pusat Latihan untuk guru Tamil didirikan di Bandar-bandar. |
1938 | Jawatankuasa McLean mencadangkan Raffles College dan King Edward VII College of Medicine digabungkan menjadi sebuah universiti. |
1946 | Rancangan Cheeseman mencadangkan penubuhan Sekolah Vernakular dan Sekolah Inggeris Kerajaan. “Simplified Normal Training Course” bermula di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. |
1947 | Sekolah Teknik dinaikkan taraf menjadi Maktab Teknik. Maktab Perguruan Batu Lintang ditubuhkan di Kuching, Sarawak. Sekolah Pertanian dinaikkan taraf menjadi Kolej Pertanian. |
1948 | Laporan Carr-Saunders mencadangkan penubuhan universiti tempatan. |
1949 | “Senior Normal Class” dibuka untuk melatih guru di sekolah Cina. Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran dibentuk untuk mengkaji polisi pendidikan. |
1950 | Universiti Malaya ditubuhkan di Singapura. Ordinan Pelajaran 1950 (Sarawak) dikuatkuasakan. |
1951 (Jan) (Jun) (Ogos) (Dis) | Laporan Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran (Laporan Holgate) mencadangkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama. Laporan Barnes mencadangkan penubuhan sekolah Melayu dan sekolah Inggeris bantuan penuh kerajaan. Laporan Fenn-Wu mencadangkan sekolah Cina mengajar 3 bahasa juga diberi bantuan penuh oleh kerajaan. Laporan Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran menyokong cadangan-cadangan Laporan Barnes. Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina ditubuhkan di Kuala Lumpur. |
1951 | Maktab Perguruan Kirkby di U.K dipinjam untuk melatih guru sekolah menengah rendah (aliran Inggeris) |
1952 | Ordinan Pelajaran 1952 dikuatkuasakan. |
1954 | Enakmen Pelajaran 1954 dikuatkuasakan. Maktab Perguruan Persekutuan didirikan di Kelantan. Penubuhan Nanyang Universiti di Singapura (dibuka pada tahun 1956) Gabungan Persatuan Lembaga Pengurus/Pengelola Sekolah Cina ditubuhkan. |
1955 | Laporan Woodhead mencadangkan penubuhan Lembaga Pelajaran di Sabah. |
1956 | Brinsford Lodge Teacher’s Training College dipinjam untuk melatih guru sekolah menengah rendah. Laporan Razak mengumumkan Polisi Pendidikan Negara. Murid-murid sekolah rendah dinaikkan darjah secara automatik. Sekolah Menengah Chung Ling di Pulau Pinang menukar bahasa pengantarnya kepada Bahasa Inggeris |
Tahun | Peristiwa-peristiwa |
| Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur. Peperiksaan LCE dan peperiksaan Junior Middle III serta Senior Middle III pertama kali diperkenalkan. Kempen Pendaftaran Kanak-kanak Masuk Sekolah dilancarkan. Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. |
1957 | Ordinan Pelajaran dikuatkuasakan. Maktab Perguruan Sarawak dibuka di Sibu, Sarawak. |
1958 | Semua sekolah rendah menjadi sekolah umum atau sekolah jenis umum. Kerajaan pertama kali memperkenalkan kelas aliran Bahasa Melayu di sekolah menengah Inggeris. |
1959 | Universiti Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur. |
1960 | Laporan McLean mencadangkan sekolah menengah Cina di Sarawak menukarkan bahasa pengantarnya kepada Bahasa Inggeris. Laporan Rahman Talib diluluskan di Parlimen. |
1961 | Skim UTS untuk guru sekolah dilaksanakan. Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan. Peperiksaan Junior Middle 3 dimansuhkan. |
1962 | MPIK pertama kali memperkenalkan kursus Pendidikan Khas. 54 buah sekolah menengah Cina menukar bahasa pengantarnya kepada Bahasa Inggeris untuk menerima bantuan kewangan kerajaan dan 17 buah sekolah Cina yang menolak bantuan menjadi Sekolah Menengah Swasta. Pendidikan percuma untuk murid-murid sekolah rendah dilaksanakan. Sekolah Pelajaran Lanjutan ditubuhkan di seluruh negara. |
1963 | Fakulti Pendidikan ditubuhkan di Universiti Malaya. Kerajaan menubuhkan sekolah menengah berasrama (aliran Melayu) di Shah Alam. Jawatankuasa untuk mengkaji Sukatan Latihan Perguruan mencadangkan Progran Integrasi untuk 6 Maktab Perguruan Persekutuan. Peperiksaan Sekolah (Cina) Menengah Atas dimansuhkan. |
1964 | Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dimansuhkan. |
1965 | Pelaksanaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan untuk sekolah menengah rendah. Pelaksanaan Program Latihan Daerah supaya melatih guru sambilan dan sekolah menengah rendah. Pusat Latihan RIDA (1956) ditukarkan nama sebagai IInstitut MARA. |
1967 | Akta Bahasa Kebangsaan dikuatkuasakan; Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa rasmi yang tunggal. Peperiksaan Penilaian Darjah V dimulakan. Institut Teknologi MARA berasas daripada Institut MARA ditubuhkan untuk melatih pemuda-pemudi dari luar Bandar. Universiti Merdeka diusulkan oleh Dong Jiao Zong. |
1968 | Kerajaan membina Sekolah menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. |
1969 | Kolej TAR yang menawarkan kursus Pra-Universiti dan kursus Profesional ditubuhkan di Kuala Lumpur. Politeknik Ungku Omar ditubuhkan di Ipoh. Universiti Sains Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang. Bahagian Latihan Guru menganjur Kursus SRC. |
1970 | Universiti Kebangsaan Malaysia (aliran Bahasa Melayu) ditubuhkan di Kuala Lumpur. Pusat Latihan Guru mula menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. |
Tahun | Peristiwa-peristiwa |
| SRJK (I) di Semenanjung dan Sabah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar mulai dari Darjah 1. Kelas Transition aliran Bahasa Malaysia kali pertama dibuka di Sarawak. Peperiksaan Sijil Cambridge Seberang Laut dimansuhkan dan digantikan oleh Peperiksaan MCE. |
1971 | Laporan Megat Ismail mengenai sistem kuota pendidikan tinggi diumukan. Akta Universiti diluluskan di Parlimen. Laporan Aziz diumumkan dan mencadangkan penawaran status kakitangan kerajaan kepada semua guru. Kolej Pertanian dinaikkan taraf menjadi Kursus Pertanian. |
1972 | Pindaan Akta Pelajaran diluluskan dan dikuatkuasakan untuk menjadi bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah, maktab perguruan dan dalam peperiksaan awam. Maktab Teknik dinaikkan taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia. |
1973 | Pusat Perkembangan Kurikulum ditubuhkan. Ujian Diagnostik diperkenalkan untuk murid-murid Tahun 3. Kempen Reformasi Pendidikan Sekolah Menengah (Cina) Swasta dilancarkan oleh Gabungan Lembaga Pengelola Sekolah Cina di negeri Perak. I.T.M membuka cawangannya di Kuching, Sarawak. |
1974 | Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan. Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah di Sarawak dimansuhkan. |
1975 | Peperiksaan Sekolah Menengah (Cina) Swasta (Unified Examination) dianjurkan buat kali pertama oleh Dong Jiao Zong. Semua Sekoalh SRJK (I) di Semenanjung dan Sabah ditukar menjadi SRK. |
1976 | Semua sekolah menengah bantuan kerajaan di Semenanjung dan Sabah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar mulai dari Tingkatan 1. |
1977 | SRJK (I) di Sarawak mula menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam darjah 1. |
1978 | Peperiksaan LCE dimansuhkan dan digantikan dengan peperiksaan SRP. Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah di Sabah dimansuhkan. |
1979 | Laporan Kabinet mengumumkan Dasar Pelajaran Negara . Kursus SRC diberhentikan. |
1980 | Nanyang Universiti digabung dengan Universiti Singapore. Peperiksaan MCE dimansuhkan dan digantikan dengan Peperiksaan SPM. |
1982 | Percubaan system 3M untuk 305 buah sekolah rendah dimulakan. Pindaan Akta Universiti diluluskan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa di Malaysia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kursus Ijazah dimulakan pada tahun 1983. Peperiksaan STP pertama kali dikendalikan dalam pengantar bahasa Malaysia. Mahkamah menolak usul penubuhan Universiti Merdeka. |
1983 | Pelaksanaan KBSR di semua sekolah rendah Tahun 1. Kursus-kursus Tahun Pertama di universiti tempatan mula menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. |
1984 | Universiti Utara ditubuhkan di Jitra, Kedah. |
1985 | IAB berasaskan MESTI ditubuhkan di Genting. Pelancaran Konsep Sekolah Integrasi dengan mendirikan 3 jenis aliran sekolah rendah bersama di Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor. |
1986 | Tempoh kursus bagi maktab perguruan ditukarkan pada 2 ½ tahun. |
Tahun | Peristiwa-peristiwa |
1987 | Nama Kementerian Pelajaran Malaysia ditukarkan sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan Penilaian Darjah 5dimansuhkan. |
1988 | KBSM mula dilaksanakan di sekolah menengah sebagai peringkat percubaan. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diperkenalkan pertama kali untuk semua sekolah rendah. Taylor College pertama kali menganjur kursus berkembar dengan universiti luar negeri. Falsafah Pendidikan Negara digubal dan diumumkan secara rasmi. |
1989 | KBSM dilaksanakan di semua sekolah menengah Tingkatan 1. |
1990 | Kolej Selatan, Johor Bahru ditubuhkan oleh masyarakat Cina adalah dibenarkan berdaftar sebagai kolej swasta. |
1991 | Wawasan 2020 diusulkan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia. |
1992 | Sistem Gaji SSB dilaksanakan. Pendidikan prasekolah mula diserap dalam sistem pendidikan sekolah rendah. |
1993 | Wawasan Pendidikan diperkenalkan. Peperiksaan SRP ditukarkan kepada PMR. Penubuhan Pusat Pendidikan oleh Dong Jiao Zong di Kajang, Selangor, mula menganjurkan kursus dalamperkhidmatan untuk guru-guru sekolah menengah Cina persendirian. University Malaysia Sarawak, UNIMAS ditubuhkan di Sarawak. |
1994 | Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, dengan permulaan sesi persekolahan 1995/95, mata pelajaran Am dan Manusia ditukarkan kepada Sains dan Kajian Tempatan. Pelancaran Wawasan Kementerian Pendidikan. Sabah membuka university pertama, UMS (Universiti Malaysia Sabah). |
1995 | Penyusuanan semula Organisasi Kementerian Pendidikan. Rang Undang-undang Akta Pendidikan 1995 diluluskan. |
1996 | Rang Undang-undang Pendidikan Tinggi Swasta dikuatkuasakan. Pelancaran Konsep Sekolah Wawasan berasaskan daripada Konsep Sekolah Integrasi, 1985. UPM ditukar nama sebagai Universiti Putra Malaysia. Pelaksanaan pendidikan percuma hingga 11 tahun. Maktab Perguruan Sulatan Idris dinaikkan taraf menjadi Universiti Pendidikan Malaysia. Peperiksaan PTS pertama kali diperkenalkan untuk murid-murid pintar- cerdas Darjah 3. Nama SRJK ditukar kepada SJK. Kursus Diploma Perguruan diperkenalkan kepada semua Maktab Perguruan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru digubal dan diperkenalkan oleh BPG. |
1997 | Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama sebagai Universiti Putra Malaysia. Universiti-universiti swasta ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996. |
1998 | Universiti terbuka, UNITEM ditubuhkan. Kolej New Era ditubuhkan. 20 kolej university swasta dibenarkan mengendalikan program ijazah “3+0”. |
1999 | Universiti virtual, UNITAR ditubuhkan. Penubuhan Koridor Raya Multimedia, Universiti Multimedia dan sekolah-sekolah bestari di kawasan MSC. |
Tahun | Peristiwa-peristiwa |
| 90 buah sekolah dikenal pasti untuk menjadi sekolah bestari. Kolej Han Jiang ditubuhkan. |
2000 | ITM dinaikkan taraf universiti. |
2002 | Akta Pendidikan 1996: Pindaan 2002: pendidikan wajib. Sekolah Wawasan pertama dibina di USJ, Subang Jaya, Selangor. |
2003 | Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik sekolah rendah Darjah 1 dan sekolah menengah Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah. |
2004 | Kementerian Pendidikan Malaysia dibahagikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM). |
2006 | Maktab Perguruan dinaikkan taraf kepafa Institut Pendidikan Guru (IPG). |
2007 | Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan strategic Pengajian Tinggi 2020. |
2008 | Pelaksanaan Program KIA2M. |
Langgan:
Catatan (Atom)