Rabu, 26 Oktober 2011

Pembelajaran Masteri: Gaya Pembelajaran Pelajar

Pembelajaran Masteri: Gaya Pembelajaran Pelajar
  1. Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar.
  2. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.
  3. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu:
    1. Pelajar visual:
Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat
      1. Huruf atau perkataan
      2. Benda, gambar atau gambar rajah
      3. Demostrasi, tindakan atau lakonan
    1. Pelajar audio:
Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti
      1. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain
      2. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan
    1. Pelajar kinestetik:
Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti:
      1. Menulis atau melukis sesuatu
      2. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek
  1. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik.
  2. Beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.

Pembelajaran Masteri: Ciri-ciri Guru


  1. Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus:
    1. Menyayangi semua pelajar
    2. Yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti
    3. Mencintai mata pelajaan yang diajar
    4. Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran
    5. Merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran
    6. Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah
  2. Guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p.

Pembelajaran Masteri: Kepentingan Pengajaran dan Pembelajaran


  1. Langkah kedua dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek.
  2. Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam p&p:
    1. Ciri-giri guru
    2. Gaya pembelajaran pelajar
    3. Kaedah atau aktiviti p&p
    4. Bahan p&p
    5. Nilai-nilai murni
    6. Pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p
  3. Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti lapan kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain.